Pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Salleh, berancang menggunakan wang hadiah kemenangan Le Tour de Langkawi (LTdL) untuk menunaikan umrah, hujung tahun ini.

Harrif mencipta sejarah muncul pelumba pertama Malaysia menjuarai dua peringkat perlumbaan LTdL.

Pelumba kelahiran Terengganu itu memainkan tugas penting memacu TSG meraih RM114,000 sebagai hadiah kemenangan saingan LTdL tahun ini.

TSG pasukan kedua terbaik keseluruhan di belakang satu pasukan pasukan negara, Team Sapura Cycling (TSC).

"Dengan wang hadiah kemenangan LTdL tahun ini, banyak perkara yang harus diatur bagi baki musim ini ekoran banyak kejohanan yang dibatalkan ekoran Covid-19," kata Harrif.

"Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin sekurang-kurangnya sebelum 11 Julai," kata Pengurus TSC, Sayuti Zahit.

Sementara itu, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) gembira apabila penganjur mengambil langkah awal menetapkan tarikh LTdL, tahun depan iaitu 30 Januari 2021.

"Pada awalnya, kami menjangkakan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) akan menerima tarikh sama namun saingan telah dipercepatkan kepada 6 Januari," kata Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab.