Juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton, meraih kejuaraan kelima dalam Grand Prix China selepas melakukan dominasi di Shanghai, sekaligus menyamai mata yang dicatat Sebastian Vettel dalam kedudukan kejuaraan pemandu musim ini.

Perlumbaan kedua dalam kalendar Formula 1 musim ini menyaksikan Hamilton, yang bermula di petak pertama, cukup fokus dalam pemburuan kejuaraan pertama musim ini, selepas terlepas gelaran sulung di Australia.

Pemandu Mercedes ini enggan menjadikan masalah tayar sebagai alasan, lantas menamatkan perlumbaan selaku terpantas untuk kejuaraan ke-54 sepanjang kariernya.

Nasib kurang baik kali ini menyaksikan pemandu Ferrari, Vettel, tetap memastikan kedudukan kedua menjadi miliknya untuk berkongsi 43 mata dengan Hamilton.

Pelumba muda, Max Verstappen -- yang bermula di petak ke-16 -- berjaya melengkapkan kedudukan podium buat kali pertama musim ini meskipun menerima tentangan daripada rakan sepasukan Red Bull, Daniel Ricciardo.

Perlumbaan yang berlangsung dalam hujan menyaksikan beberapa kemalangan berlaku yang memaksa kereta keselamatan dikeluarkan bagi mengawal keadaan.