Atlet lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail, tidak rela terlepas peluang beraksi dalam Kejohanan Olahraga Dunia yang memerlukan catatan sekurang-kurangnya 16.95 meter ketika syarat ke Sukan Olimpik, iaitu 17.14m, seakan-akan mustahil untuk dicapai.

Kalau bukan Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia adalah penawarnya.

Ketika namanya kian tenggelam untuk melihat wakil negara dalam acara lompat kijang di pentas Sukan Olimpik, Hakimi sebenarnya masih belum berputus asa.

Kejohanan Grand Prix Asia bermula hari ini mampu menjadi platform untuk dia membuktikan kelibatnya di pentas tertinggi masih relevan.

"GP Asia merupakan salah satu kejohanan utama dan saya mahu melakukan catatan terbaik untuk layak ke Kejohanan Dunia," katanya.

Tegas Hakimi, dia berada dalam keadaan terbaik untuk memberi kejutan buat negara.

Catatan terbaru Hakimi ialah 16.77m dan dia perlu mencapai 16.95m untuk layak secara merit ke Kejohanan Dunia dan 17.14m untuk layak ke Sukan Olimpik 2020.

"Saya memiliki persaingan di Malaysia. Jika memiliki rakan sepelatih yang mampu melakukan catatan sejauh 17m, ia akan membantu saya meningkatkan lagi prestasi."