Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kecewa dengan prestasi pelari pecut negara yang gagal memberi impak dalam Kejohanan Olahraga Grand Prix Malaysia, hujung minggu lalu apabila acara 100 meter lelaki dikuasai pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Mohd Asyrad Md Saad.

Arsyad Md Saat mencipta kejutan apabila mengungguli acara 100m lelaki dalam GP Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil Sabtu lalu.

Arsyad mencatatkan larian 10.64 saat (s) untuk menewaskan atlet kebangsaan dari Sarawak Jonathan Nyepa yang berada di tempat kedua (10.70s) manakala Muhammad Azeem Mohd Fahmi dari Perak pula berpuas hati di tempat ketiga dengan catatan 10.85s,

Atlet berusia 18 tahun yang gembira dengan kemenangannya itu turut teruja apabila dapat memperbaharui rekod peribadi iaitu 10.70s yang dicatat semasa Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia pada 2019.

Badan induk itu meminta penjelasan jurulatih, Dwayne Miller, yang membimbing jaguh utama kebangsaan sejak tahun lalu.

"Buat masa ini, saya enggan menuding jari kepada mana-mana pihak dan saya berharap perbincangan akan dilakukan bagi mengelak daripada kesilapan sebegini berlaku pada masa akan datang," kata Presiden KOM, Datuk SM Muthu.

"Kami masih lagi berusaha daripada aspek transisi buat masa ini. Ini baru sahaja kejohanan pertama dan selepas mereka mendapatkan keselesaan akan mampu menampilkan persembahan yang lebih baik," kata ujar Miller.