Gary Woodland mengekalkan pendahuluannya dalam Kejohanan Golf Terbuka Amerika Syarikat (AS) sambil diekori Justin Rose dengan satu pukulan menjelang pusingan akhir.

Woodland merakam dua bawah par 69 untuk catatan 11 bawah par selepas menghabiskan 54 lubang, satu pukulan mendahului pemain nombor empat dunia itu, sebentar tadi.

Woodland, yang menjuarai tiga Jelajah PGA dan mengintai gelaran utama sulungnya, mendahului saingan untuk mengulangi pencapaian Rose (Khamis lalu) dan Tiger Woods (2000) yang melakukan 65 pukulan dalam pusingan pembukaan Terbuka AS di Pebble Beach.

Woodland, yang melakukan tee dengan kelebihan dua pukulan, pada satu ketika melebarkan kelebihannya di California itu kepada tiga pukulan.

Birdie di lubang 11 mencipta jarak di antara pemain AS itu dan Rose -- bekas juara itu menamatkan saingan hari ini dengan tiga birdie dan bogey untuk kekal dalam kelompok teratas.

Rose juga gagal mempamerkan prestasi terbaiknya yang menyaksikan pemain Inggeris berkenaan beberapa kali melakukan bogey tetapi usahanya sudah memadai untuk menghambat kedudukan Woodland.

Juara Terbuka AS 2013 itu melakukan birdie di lubang 14 untuk bangkit daripada bogey sebelum menyempurnakan putt untuk mencatat jumlah sembilan bawah par.

Rose menamatkan permainan dengan birdie di lubang 18 untuk melakar tiga bawah par 68 untuk tersenarai dalam kelompok 10 teratas.

Juara bertahan dua tahun berturut-turut, Brooks Koepka, mengulangi catatan bawah par sepanjang tiga hari untuk pemain nombor satu itu terus menyinar.

Koepka melakar 68 pukulan untuk melonjak ke tangga ketujuh di samping Chez Reavie (68) dan Louis Oosthuizen (70), empat pukulan di belakang Rose.

Juara empat gelaran utama, Rory McIlroy, pula merakam satu bawah par 70 untuk mengumpul enam bawah par, empat pukulan mengatasi bekas pemain nombor satu dunia. Dustin Johnson (71).

Sementara itu, juara Masters dan tiga kali Terbuka AS, Tiger Woods (71), melakukan birdie di lubang terakhirnya untuk menamatkan saingan dengan catatan par 54 pukulan.

Kedudukan pendahulu:

-11: Gary Woodland
-10: Justin Rose
-7: Louis Oosthuizen, Chez Reavie, Brooks Koepka
-6: Rory McIlroy
-5: Chesson Hadley, Matt Kuchar
-4: Danny Willett, Jon Rahm, Graeme McDowell, Matt Wallace, Henrik Stenson
-3: Xander Schauffele, Adam Scott, An Byeong-hun