Matthew NeSmith dan Mark Hubbard saling berkongsi pendahuluan dalam pusingan pembukaan Kejohanan Golf Terbuka Phoenix.

Kedua-dua pemain Amerika Syarikat (AS) itu masing-masing mencatatkan 63 di bawah par, bagi mendahului dua lagi rakan senegara, Nate Lashley dan Sam Burns, di TPC Scottsdale dengan satu pukulan.

NeSmith melakukan empat birdie dan eagle dalam sembilan lubang pembukaan kejohanan itu untuk memperoleh pendahuluan awal dengan enam bawah par.

NeSmith menutup pusingan awal itu untuk mengiringi Hubbard, yang menyempurnakan lapan birdie, termasuk empat lubang terakhirnya.



Steve Stricker berada di kedudukan kelima dengan enam di bawah par 65 sementara Xander Schauffele antara enam pemain yang melakar lima di bawar par di 18 lubang.

Stricker mengiringi kedudukan Tom Lehman (54 tahun) -- muncul satu-satunya pemain berusia lebih dari 50 tahun yang berjaya mencatat 65 dalam Jelajah PGA.




Bekas pemain nombor satu dunia, Jordan Spieth, pula ketinggalan empat pukulan selepas catatan 67 dalam pusingan pertama.

Bintang Amerika bergelut apabila kemarau kejuaraan sejak 2017 dan hampir mengubah nasibnya dalam Terbuka Farmers Insurance minggu lalu.

Juara empat gelaran utama, Brooks Koepka, berdepan jalan berliku untuk mengulangi kejayaan 2015 yang merupakan gelaran Jelajah PGA sulungnya.


Bagi Rory McIlroy pula, dia ketinggalan tujuh pukulan di belakang NeSmith dan Hubbard menuju pusingan kedua.

Tanpa kemenangan sejak menjuarai WGC-HSBC 2019, jaguh empat gelaran utama itu pulih daripada bogey berganda dan bogey pada awal permainan untuk catatan 1 bawah par 70