Lizette Salas mengungguli hari pertama Kejohanan Golf PGA Wanita dengan mencatat 5 di bawah par 67.

Salas memperoleh pendahuluan satu pukulan walaupun dua terlepas fairways dalam saingan di Highlands Course di Atlanta Athletic Club, Georgia, itu sebentar tadi.

Dalam pusingan sempurna itu, Salas -- yang kemarau gelaran Jelajah LPGA sejak 2014 dan memburu trofi utama pertama -- membenam lima birdie untuk mengakhiri saingan hari ini.




"Jelas sekali saingan ini bukan mudah," kata pemain Amerika Syarikat berusia 31 tahun itu.

"Pagi ini kami bermula dengan keadaan yang cukup basah tetapi bola bergolek di green dengan cukup lancar.

"Saya memanaskan badan dengan sangat baik. Saya benar-benar yakin untuk beraksi pada minggu ini dan saya rasa permainan saya sangat serasi dengan keadaan padang golf ini dan dapat mengelak kebosanannya."

Lee Jeong-eun, Austin Ernst, Jessica Korda, Alena Sharp, Xiyu Lin, Yealimi Noh dan Dani Holmqvist masing-masing ketinggalan dengan dua pukulan.

Juara tiga kali, Inbee Park, merakam 71 pukulan untuk terikat di tangga ke-23 sementara juara bertahan, Kim Sei-young, pasti mahu melupakan catatan buruk 4 di atas par 76.