Phil Mickelson mengekalkan pendahuluan dalam Kejohanan Golf Klasik Desert dengan kelebihan dua pukulan.

Mickelson, yang melakukan catatan terendah dengan 60 pukulan dalam pusingan pertama, melakukan empat di bawah par 68 di Lapangan Kejohanan Nicklaus, semalam.

Juara lima kali kejohanan utama itu melakukan double-boogey dan enam birdie untuk mencatatkan 16 di bawah par dalam aksi 36 lubang di Kelab Golf La Quinta.

Format split-tee menyebabkan Mickelson bermula dengan empat di bawah par di lubang ke-10.

Aksi hampir sempurna dipamerkannya dalam pusingan kedua itu, namun double-bogey di lubang ke-18 mencemarkan catatan keseluruhan miliknya.

Dia kemudian bangkit pada sembilan lubang terakhir dengan melakukan empat birdie, termasuk satu di lubang terakhir hari tersebut.

Pemain Australia, Curtis Luck, selesa di tangga kedua dengan catatan enam di bawah par 66 pukulan.

Adam Handwin (66) dan Steve Marino (65) -- yang melakukan 'hole-in-one' di lubang 7 par 3 -- ketinggalan satu pukulan dengan catatan 13 di bawah par.

Juara bertahan, Jon Rahm, pula berkongsi kedudukan kelima dengan 66 pukulan hasil tujuh birdie dan satu bogey.

Saingan selepas ini akan bersambung dalam format dua venue di Lapangan Kejohanan Nicklaus dan Kelab Golf La Quinta.

Penyingkiran akan bermula selepas tamat pusingan ketiga malam ini.