Golf: Gavin Green layak ke Sukan Olimpik Tokyo

Muzaffar Musa
Jun 23, 2021 03:39 MYT
Pemain golf negara, Gavin Green, sah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo bulan depan
Jaguh negara berusia 27 tahun itu mengesahkan tempatnya setelah menamatkan tempoh kelayakan dengan berada dalam kelompok ranking 60 teratas kategori lelaki semalam.

The field for the mens' @OlympicGolf event has been confirmed ??? pic.twitter.com/ra06JcIiCw

— GOLFTV (@GOLFTV) June 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia dijangka akan disertai seorang lagi pemain negara, Kelly Tan, yang kini berada di ranking ke-41 kategori wanita bagi kelayakan ke Sukan Olimpik yang akan tamat pada 28 Jun ini.
Ia akan menjadi penampilan kedua buat kedua-dua pemain itu selepas melakukan penampilan pertama dalam edisi di Rio pada 2016 dengan masing-masing menamatkan saingan di tempat ke-47 dan 51.
"Mewakili negara sememangnya satu penghormatan buat saya dan melakukannya di peringkat Sukan Olimpik buat kali kedua adalah lebih istimewa.
"Saya memang menantikan saat ini," kata Gavin seperti yang dipetik daripada Bernama.
Acara golf dalam sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung di Kasumigaseki Country Club, Saitama.
#Golf #Gavin Green #Sukan Olimpik Tokyo 2020 #Kelly Tan