Skuad golf negara meraih pingat gangsa dalam kategori berpasukan wanita selepas mengatasi Filipina 2-1 dalam aksi di lapangan Kelab Golf & Resort The Mines, sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia berjaya menebus kehampaan di Singapura pada tahun 2015 selepas terlepas peluang untuk membawa pulang pingat bagi kategori itu.

Nur Durriyah Damian mengesahkan kemenangan skuad negara pada aksi terakhir, menewaskan Lois Kaye Go untuk memastikan gangsa menjadi miliknya bersama rakan sepasukan, Ashley Lau Jen Wen dan Loy Hee Ying.

Kali terakhir skuad wanita negara mengaut pingat menerusi acara berpasukan adalah pada tahun 2011 ketika aksi di Indonesia menerusi Durriyah, Kelly Tan Guat Chen dan Aretha Pan Herng.

Gambar kredit: Facebook Malaysian Golf Association

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.