Skuad bola keranjang wanita negara mempunyai dua motivasi besar untuk mencapai sasaran layak ke separuh akhir Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dari 4 hingga 15 April ini.

Penampilan pertama Malaysia dalam Sukan Komanwel menerusi edisi Melbourne 2006 menyaksikan skuad negara menamatkan kempen di tangga ketujuh.

Antara elemen simbolik adalah faktor ketua jurulatih Malaysia, Yoong Sze Yuin, merupakan anggota skuad 2006 itu.

Jika layak ke separuh akhir, maka sejarah akan tercipta buat bola keranjang Malaysia.

"Kami mahu melakar sejarah selain mengukur tahap kemampuan kami dalam Sukan Komanwel.

"Kalau boleh, kami ingin menginap di perkampungan sukan di Gold Coast agar dapat merasai suasana pertandingan.

"Ia menawarkan semangat yang berbeza," katanya.

Motivasi kedua juga membawa erti besar buat pasukan yang layak ke separuh akhir dengan aksi perebutan pingat akan dianjurkan di venue tumpuan Gold Coast.

Bagi saingan peringkat kumpulan, skuad negara berada jauh daripada kontinjen Malaysia memandangkan mereka dijadualkan bermain d Cairns, yang jaraknya hampir 2,000km dari Gold Coast.

"Kalau boleh, kami ingin menginap di perkampungan sukan agar dapat merasai suasana temasya.

"Tetapi, ia bukan masalah buat kami. Kami datang untuk bertanding dan akan tetap berjuang," kata ketua pasukan, Nur Izzati Yaakob.