Barisan atlet negara dilihat mengambil serius untuk meraih sasaran tujuh pingat emas dalam Sukan Komanwel Gold Coast yang akan bermula 4 April ini.

Ia ibarat satu penanda aras untuk memastikan sasaran itu mampu dicapai tanpa mengambil kira sebarang tekanan.

Misi sedemikian untuk membawa sebuah kejayaan sebenarnya sudah lama ditanam dalam diri barisan atlet walaupun sebelum sasaran rasmi diumumkan.

"Insya-Allah dengan pencapaian menjuarai Sukan SEA 2017, semua atlet bersemangat untuk ke Gold Coast. Saya harap kami dapat mencapai sasaran," kata atlet olahraga, Khairul Hafiz Jantan.

"Bukan saya sahaja, seluruh pasukan terjun akan berikan yang terbaik bagi membuktikan kemampuan kami.

"Mengenai sasaran, saya akan mengetepikan semua itu agar saya dapat memberi tumpuan kepada terjunan saya nanti," ujar juara dunia, Cheong Jun Hoong.