David Goffin akan berdepan Alexandr Dolgopolov dalam aksi final Terbuka Shenzhen selepas berhempas-pulas menewaskan Henri Laaksonen 7-6, (9-7), 5-7, 6-3.

Pemain tenis dari Belgium itu terpaksa bekerja keras untuk mara ke final buat kali ketiga musim ini berdepan pemain di ranking ke-107, Laaksonen.

"Saya agak keletihan, saya tidak pernah bertemunya tetapi dia merupakan seorang pesaing yang sengit," kata Goffin.

"Laaksonen memberikan tentangan yang hebat pada set kedua. Saya gembira dengan permulaan set ketiga tetapi ia merupakan satu persaingan yang sengit sehingga penghujung set tersebut," katanya.

Menanti Goffin dalam final, Dolgopolov yang mengetepikan Damir Dzumhur – pemain yang berjaya menyingkirkan pemain pilihan, Alexander Zverev, 6-3 6-4 dalam suku akhir.