Hanya berbaki sebulan lebih ke Sukan Olimpik Tokyo, pemain golf negara, Gavin Kyle Green, optimis prestasinya semakin bertambah baik selepas hampir sebulan berada di luar negara.

Gavin berkongsi kepada wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, walaupun hanya berbaki sebulan lebih ia sudah cukup memadai bagi seorang pemain golf untuk mempersiapkan diri ke tahap terbaik.

"Saya ketika ini berada di Eropah hampir sebulan dan telah bertemu jurulatih tiga minggu lalu bagi mendapatkan sentuhan dalam persiapan menjelang ke Tokyo," kata Gavin.

"Buat masa ini, saya perlu terus berlatih dan mencuba kerana saat anda berhenti melakukannya, ia akan menjejaskan mana-mana atlet.

"Saya berharap pukulan saya bertambah baik dan mampu melakukan yang terbaik ketika beraksi nanti."