Kurang seminggu sebelum acara bermula, Garena Premier League (GPL) di Filipina akan menghoskan pasukan dari seluruh Asia Tenggara. Negara-negara yang akan menyertai GPL adalah Vietnam, Filipina, Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia. Setiap pasukan berharap akan berjaya dan menggondol gelaran juara di pentas antarabangsa.

Para pasukan yang akan berentap adalah Kuala Lumpur Hunters (Malaysia), Gigabyte Marines (Vietnam), Ascension (Thailand), Fortius (Indonesia), Flash (Singapura) dan Mineski (Filipina). Gigabyte Marines menjadi tumpuan utama, merupakan pasukan yang terkuat dalam rantau Asia Tenggara ini.

Ketua eSukan Malaysia, Dickson Lee berkata: “Walaupun GIGABYTE Marines adalah pasukan kegemaran dalam GPL, Kuala Lumpur Hunters dan barisan pemain mereka berpotensi untuk menumpaskan mereka. Ini semua bergantung kepada prestasi mereka pada hari pertandingan.”

Walaupun Kuala Lumpur Hunters tidak pernah memenangi GPL, tahun ini mungkin menjadi tahun yang bertuah untuk mereka membawa pulang gelaran juara dengan pemain mereka, Eric “Qaspiel” Sia berada pada prestasi yang baik setakat ini. Baru-baru ini, beliau mencapai pangkat challenger dalam server League of Legends Korea yang merupakan server paling kompetitif di dunia. Qaspiel juga dianugerahkan Most Valuable Player (MVP) di atas prestasinya yang hebat sewaktu The Legends Circuit (TLC) 2017.

Ameerah Idros, ketua komuniti League of Legends berkata, “Kuala Lumpur Hunters memberikan harapan dan impian yang besar kepada komuniti League of Legends Malaysia. Kami percaya mereka boleh membawa pulangan kenangan manis. Sudah tiba masanya komuniti antarabangsa untuk melihat kekuatan dan potensi eSukan di Malaysia.”