MALAYSIA 7 KEMBOJA 6

Skuad futsal negara memulakan kempen Kejohanan AFF dengan kemenangan tipis ke atas Kemboja di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok sebentar tadi.

Pasukan bimbingan Chiew Chun Yong itu membuka aksi Kumpulan A dengan jaringan seawal minit pertama berikutan gol sendiri Ros Sichamroeun tetapi Orkchan Sereyvong kembali mengikat kedudukan buat Kemboja berselang lima minit.

Ketua pasukan, Khairul Effendy Bahrin, kembali meletakkan Malaysia di depan pada minit kesembilan, namun Ros Sichamroeun kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-17 sebelum Diamant Prum meletakkan Kemboja buat kali pertama di depan berselang seminit.

Bagaimanapun, jaringan Saiful Nizam Mohd Ali pada penghujung babak pertama memastikan Malaysia tidak ketinggalan menuju ke bilik persalinan.

Aksi dalam babak kedua berlangsung lebih sengit, di mana Abu Haniffa Hasan hanya memerlukan tiga minit untuk meletakkan Malaysia di depan sebelum Orkchan Sereyvong menemui jaringan peribadi keduanya pada minit ke-25.

Malaysia kemudian menambah tiga lagi gol untuk mengesahkan kemenangan pertama biarpun Kemboja membalas dua daripadanya.