Setiap pemain Milwaukee Bucks sedar apa yang sedang menanti mereka menjelang perlawanan keenam menentang Phoenix Suns dalam siri final NBA pagi esok.

Selepas mendahului 3-2, kemenangan di tempat sendiri itu akan memberikan Bucks kejuaraan NBA pertama sejak 1971.

Dengan berpotensi menamatkan penantian separuh abad itu buat peminat mereka, tiada seorang pun pemain Bucks pernah merasai gelaran itu.

Apakah kunci utama untuk mereka menamatkan penantian kejuaraan seperti itu?

Buatlah apa sahaja yang boleh membuatkan anda kekal tenang dan fokus, kata Giannis Antetokounmpo, yang menyedari perkara itu lebih mudah untuk diperkatakan daripada melakukannya.

"Ia sukar, amat sukar, ia benar-benar sukar," kata bintang utama Bucks itu kepada wartawan.

"Kerana anda telah berusaha terlalu kuat untuk berada dalam momen seperti itu, iaitu esok. Ia sukar untuk anda mengawal diri tetapi ini masanya untuk mempamerkan aksi paling berdisiplin.

"Itulah yang akan saya cuba lakukan. Saya akan mencuba untuk mejadi berdisiplin sebaik mungkin. Jangan terlalu teruja. Jangan terlalu bersemangat dengan perlawanan ini. Tanpa semua itu, saya tidak boleh bermain dalam perlawanan seperti ini.

"Buat masa ini, tiada apa yang saya boleh lakukan mengenainya. Jadi, saya tidak mahu mencuba untuk memikirkannya. Tetapi ia amat sukar untuk saya tidak melakukannya. Adakalanya anda tidur dan bermimpi mengenai perlawanan ini.

"Tetapi ini adalah masa untuk berdisiplin secara individu. Kami tidak boleh bimbang mengenai akan ada perancangan untuk meraikannya. Tidak boleh ada mengenainya sehingga ia selesai.

"Itulah penetapan minda yang saya ada sehingga esok," katanya.