Pelumba berbasikal lebuh raya negara, Fauzan Ahmad Lutfi, tetap bersemangat untuk berkayuh menuju Sukan Asia Indonesia 2018 meskipun perlu bangkit daripada kecederaan retak tulang belakang.

Fauzan kini terlantar di hospital susulan kemalangan ketika menjalani latihan bersama pasukannya, PDRM, semalam.



Kegagalan Fauzan untuk mengelak kenderaan yang berhenti mengejut mengakibatkan kecederaan di bahagian atas tulang belakangnya yang merangkumi tengkuk.

Dia yang menanti rawatan lanjut difahamkan perlu berehat dua hingga tiga bulan sebelum boleh memikirkan untuk kembali aktif.

"Ketika saya menjalani latihan, saya terjatuh apabila berhenti mengejut untuk cuba mengelak kemalangan," kata Fauzan.

"Saya telah menjalani imbasan di Institut Sukan Negara (ISN) bagi mengenal pasti sama ada berlaku pendarahan di bahagian kepala tetapi cuma berlaku keretakan tulang belakang," ujarnya.