Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) membuat keputusan mengejut dengan menggugurkan ratu trek negara, Fatehah Mustapa, daripada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Ogos depan.

Pengesahan itu dibuat oleh pengurus pasukan, Firdaus Arshad, ketika mesyuarat jawatankuasa pemilihan terakhir ke Sukan Asia, hari ini.

Bekas juara dunia 2017, Azizulhasni Awang, kekal berada dalam pasukan bagi meneruskan misi di Jakarta bersama 10 lagi pelumba lain dalam kategori A dengan dua pelumba wanita, Farina Shawati Mohd Adnan dan Anis Amira Rosidi, turut layak.

Enam lagi pelumba yang mewakili acara omnium, BMX dan acara lebuhraya diletakkan dalam kategori B.

Berdasarkan pemilihan atlet yang telah dilakukan, PKBM optimis dengan hanya satu pingat emas disasarkan.

"Fatehah tidak disenaraikan dalam Sukan Asia atas penilaian jurulatih, John Beasley," kata Firdaus.

"Prestasi kurang memuaskan merupakan faktor dia diketepikan daripada kejohanan kali ini."