Peninju profesional negara, Mohd Farkhan Haron, berani mempertaruhkan dua tali pinggang kejuaraannya Jun depan.

Ia susulan pembatalan pertarungan membabitkan pemegang tiga tali pinggang kejuaraan itu termasuk kategori cruiserweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) di Bangkok, Thailand, bulan ini, berikutan kecederaan bahu.

"Sepatutnya saya (bertanding) dalam dua kejuaraan di Qatar yang membabitkan tali pinggang WBA dan IBA.

"Saya dijangka berjumpa dengan lawan dari Iran. Saya tidak pernah tengok pertarungannya cuma saya dapat tahu dia baru tewas dalam pertarungan terakhirnya merebut gelaran IBA.

"Fizikalnya agak tinggi dan bertangan kidal.

"Itu antara fokus saya kerana jarang bertemu peninju seumpamanya, lebih-lebih lagi dia tinggi jadi saya perlu persiapan terbaik untuk (pertahan) kejuaraan ini," katanya.