F1: Verstappen didenda turun tiga petak permulaan selepas insiden perlanggaran dengan Hamilton

Muzaffar Musa
September 13, 2021 05:58 MYT
Max Verstappen didenda turun tiga petak permulaan dalam Grand Prix Formula 1 Russia gara-gara insiden perlanggarannya dengan Lewis Hamilton di Litar Monza awal pagi tadi.
Dua pencabar utama kejuaraan itu berlanggar di selekoh kedua perlumbaan GP Itali berkenaan, di mana jentera Red Bull yang dipandu Verstappen terangkat selepas terlanggar penghadang jalan ketika cuba memintas Hamilton dari sebelah dalam.
Jentera yang dipandu pelumba Belanda itu mendarat di atas jentera Hamilton dan kedua-dua pelumba berkenaan tersadai di tepi litar untuk Daniel Ricciardo muncul juara perlumbaan itu dalam penamat satu dua buat pasukan McLaren.
Verstappen melakukan protes dengan mendakwa Hamiton tidak memberikannya ruang yang cukup, sementara Prinsipal Mercedes, Toto Wolff, pula menuduh pemandu Red Bull itu sengaja melakukan "faul taktikal".

Not what we wanted to see on Sunday. ? pic.twitter.com/GKDIkSYCWD

— Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team (@MercedesAMGF1) September 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penyiasat perlumbaan menyiasat insiden itu selepas ia tamat dan menganggap Verstappen -- yang harapannya untuk memenangi perlumbaan itu semakin tipis berikutan kegagalan sewaktu hentian pit -- bersalah kerana menjadi punca kepada perlanggaran itu sehingga kedua-dua pelumba tidak dapat menamatkan perlumbaan.
Satu kenyataan yang dikeluarkan F1 berkata: "Penyiasat kami telah mendengar hujah daripada pemandu kereta nombor 33 (Max Verstappen), pemandu kerena nombor 44 (Lewis Hamilton) dan wakil pasukan mereka, menyemak bukti video dan memutuskan bahawa pemandu kereta nombor 33 didapati bersalah menyebabkan kemalangan dengan kereta nombor 44 di selekoh kedua.
"Kereta nombor 44 sedang keluar daripada pit. Kereta nombor 33 pula sedang berada di laluan lurus utama. 50 meter sebelum selekoh pertama, kereta nombor 44 jelas berada di depan kereta nombor 33. Kereta nombor 33 brek terlalu lambat dan mula menuju ke sebelah kereta nombor 44 walaupun tiada keperluan untuk kereta nombor 33 lebih ke depan dan hanya berada di belakang tayar depan kereta nombor 44."
Kenyataan itu menambah: "Ketika menjatuhkan hukuman, penyiasat kami menekankan bahawa mereka hanya mengambil kira apa yang berlaku sewaktu insiden itu dan bukannya akibat yang akan berlaku selepas itu.
"Peserta diingatkan bahawa mereka mempunyai hak untuk mencabar keputusan penyiasat kami,sesuai dengan Artikel 15 Kod Sukan Antarabangsa FIA dan Bab 4 Peraturan Kehakiman dan Disiplin FIA, dalam batas waktu yang ditetapkan."

Today was very unfortunate. The incident could have been avoided if I had been left enough space to make the corner. You need 2 people to make that work and I feel I was squeezed out of it. When racing each other, these things can happen, unfortunately #ItalianGP ?? pic.twitter.com/9xOmnqAtd8

— Max Verstappen (@Max33Verstappen) September 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Lewis Hamilton #Max Verstappen #Sukan Permotoran #Formula 1