F1: Renault persoal kewibawaan pasukan Racing Point

Shaiful Shamsudin
Julai 13, 2020 03:15 MYT
Renault melancarkan protes berhubung kesahihan kereta Racing Point dalam Grand Prix (GP) Styrian awal pagi tadi.
Duo Racing Point, Sergio Perez dan Lance Stroll, masing-masing menduduki tempat keenam dan ketujuh dalam perlumbaan kedua Formula Satu (F1) musim ini di Red Bull Ring itu.
Pemandu Renault, Daniel Ricciardo, menganggap dia telah dihimpit keluar oleh Stroll di penghujung perlumbaan untuk terpaksa berpuas hati di tempat kelapan dalam perlumbaan yang dikuasai Lewis Hamilton itu yang merampas kemenangan berkenaan di hadapan rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas.
Renault kemudian meminta pegawai perlumbaan supaya memeriksa sama ada pengeluar jentera RP20 itu telah mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Beberapa pasukan juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan persamaan di antara jentera Racing Point dan W10 milik Mercedes sejak 2019 lagi.

We confirm that Renault DP World F1 Team has submitted a request to the Stewards of the Event for clarification on the legality of the Racing Point RP20. We have no further comment on this matter until the Stewards have arrived at a decision.

— Renault F1 Team (@RenaultF1Team) July 12, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Protes yang disuarakan Renault itu menyentuh dua artikel dalam Peraturan Perlumbaan dan perenggan 1, 2 (a) dan 2 (c) daripada Lampiran 6.
Artikel itu menggariskan bahawa sesebuah kereta itu perlu diuji sepenuhnya sebelum memasuki perlumbaan. Peraturan dalam Lampiran 6 itu berbunyi: "Peserta hanya boleh menggunakan peralatan yang telah disenaraikan dalam Formula Satu sahaja.
"Hak menggunakan Bahagian Tersenarai itu hanya eksklusif kepada saingan Formula Satu.
"Dalam kes reka bentuk Outsourcing, pihak ketiga tidak boleh menjadi pesaing mahupun terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam mengeluarkan Bahagian Tersenarai itu kepada mana-mana pasukan sekalipun."
Renault, bagaimanapun, mengelak daripada mengulas lanjut mengenai hal itu untuk memberi ruang kepada pegawai perlumbaan membuat keputusan.
#Renault #F1 #Racing Point #GP Styrian