Charles Leclerc mempertahankan petak pertama untuk memastikan kemenangan satu-dua Ferrari one-two di Grand Prix Bahrain sementara Red Bull berdepan masalah sekaligus membenarkan Lewis Hamilton menamatkan saingan di tempat podium bagi perlumbaan pembukaan musim 2022 Formula Satu.

Bagi Leclerc, di sebalik pertarungan tiga pusingan dengan Max Verstappen, melakar kemenangan selepas menggunakan kelajuan jentera Ferrari.

Namun terdapat masalah di penghujung perlumbaan, apabila Verstappen melaporkan masalah dengan pengendaliannya selepas masuk ke pit buat kali ketiga.

Penampilan kereta keselamatan kelihatan membenarkan juara bertahan itu peluang untuk mencabar Leclerc, dan ia memberi ruang buat rakan sepasukannya, Carlos Sainz mengakhiri saingan di tempat kedua.

Sergio Perez gagal bertahan di tempat ketiga, selepas pelumba Red Bull itu turut berdepan masalah, memberikan laluan buat Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat podium.