Penembak negara, Ezuan Nasir Khan, menghadapi masalah menjalani latihan musim ini selepas diketepikan program Majlis Sukan Negara (MSN).

Atlet berusia 31 tahun itu menjelaskan statusnya bersama skuad negara akan berakhir hujung bulan ini.

Meskipun mengakui prestasi merosot sepanjang tempoh dua tahun lalu, Ezuan menekankan pencapaian dalam kejohanan antarabangsa sebelum ini adalah antara usaha dalam membuktikan dia masih relevan untuk memberi sesuatu buat negara.

Buat masa ini, hanya atlet pelapis negara yang menjalani latihan di bawah program kendalian MSN.

"Kontrak saya akan berakhir penghujung bulan ini, sebelum ini, kami kurang menghadapi saingan antarabangsa sebelum menyertai Sukan Asia," kata Ezuan.

Kekangan buat Ezuan yang masih mahu membarisi skuad kebangsaan menerusi Sukan SEA 2021, Sukan Asia dan Komanwel 2022 apabila peralatan dan senjata hanya terdapat di Kuala Lumpur.

"Saya masih lagi berminat untuk beraksi dalam Sukan Asia dan Komanwel. Jika saya perlu kembali bertugas di Lumut April ini, setiap kelengkapan berada di Kuala Lumpur, ia adalah satu kekangan kerana latihan sukan menembah bersifat berterusan."