Oleksandr Zinchenko berkata Ukraine perlu mencari jalan untuk menghentikan Raheem Sterling tetapi mereka tidak perlu bimbang berdepan England dalam suku akhir Euro 2020 Sabtu ini.

Ukraine mengatasi Sweden 2-1 dalam masa tambahan di Hampden Park hasil jaringan Artem Dovbyk.



Skuad kendalian Andriy Shevchenko berkunjung ke Rom bertemu Three Lions di Stadio Olimpico, dengan skuad kendalian Gareth Southgate mengatasi Jerman 2-0 di Wembley.



Sterling membuka jaringan buat England bagi jaringan ketiga kejohanan sebelum Harry Kane melengkapkan kemenangan.

Zinchenko, yang menemui sasaran bertemu Sweden, mengetahui Ukraine perlu memerhatikan rakan sepasukannya itu bersama Manchester City di Eternal City.

"Raheem Sterling salah seorang pemain sayap terbaik dunia. Dia berada dalam tahap terbaik ketika ini," katanya.

"Seorang pemain yang cemerlang, kami perlu memberikan perhatian kepadanya dan perlu menghentikan pergerakannya dalam perlawanan nanti.

"Lawan yang paling sukar pernah saya hadapi? Saya memberitahu beberapa kali bahawa pemain-pemain dari Manchester City, mereka saya lihat setiap hari dalam latihan."