Penganjuran perlawanan separuh akhir dan final Euro 2020 di Stadium Wembley mungkin berpindah ke venue lain kerana protokol COVID-19.

Tindakan itu mungkin terpaksa diambil Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) selepas mengambil kira England berkeras tidak melonggarkan protokol kuarantin ke atas peminat dari luar termasuk orang kenamaan.

Menurut WalesOnline, Budapest dilihat sebagai gelanggang berpotensi untuk melangsungkan perlawanan itu.

Badan induk itu, bagaimanapun, menegaskan mereka mempunyai pelan kecemasan sekalipun masih yakin status London boleh dikekalkan.

Antara cadangan lain ialah menggunakan kaedah sama ketika penganjuran perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Portugal, bulan lalu, yang menuntut peminat datang dan pulang dalam tempoh 24 jam.