Euro 2020: Turki tidak cukup bagus tapi kejayaan akan tiba -- Senol Gunes

Muzaffar Musa
Jun 21, 2021 03:45 MYT
Ketua jurulatih Turki, Senol Gunes, mengakui pasukannya "tidak cukup bagus" selepas tersingkir daripada Euro 2020 menerusi kekalahan ketiga berturut-turut awal pagi tadi.
Selepas tewas kepada Itali dan Wales dalam dua perlawanan pertama, Turki menamatkan saingan itu tanpa sebarang mata selepas kecundang 1-3 di tangan Switzerland.
Bercakap selepas perlawanan itu, Gunes berkongsi pandangannya bahawa Turki gagal bangkit sejak tewas 0-3 kepada Itali dan menegaskan pasukan mudanya akan memberikan sesuatu yang berbeza dalam kejohanan yang akan datang.
Dia berkata: "Kami sedar bahawa kami tidak cukup bagus. Perlawanan pertama memberikan kesan negatif buat pemain saya. Perkara seperti ini boleh terjadi.
"Tetapi pemain-pemain ini akan mewakili Turki untuk tempoh yang panjang dan mereka akan menemui kejayaan seperti sebelum ini."

Group stage exit for a young Turkey team, but they'll be back ? #EURO2020 pic.twitter.com/T7Tze6VgFq

— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skuad Turki merupakan pasukan termuda dalam edisi kali ini dan perancang AC Milan, Hakan Calhanoglu, melaungkan sentimen sama dengan pengurusnya.
"Kejohanan kali ini memberikan kami banyak kekecewaan. Kami perlu belajar daripada kesilapan tetapi tidak akan mengaku kalah.
"Ini adalah pasukan yang amat muda dan ia pasti akan menjadi lebih bagus," katanya.
#bola sepak #Switzerland #Turki #EURO 2020