Gareth Southgate memuji Bukayo Saka kerana memperoleh peluang beraksi bersama England dan membuktikan kemampuannya dalam kemenangan ke atas Republik Czech aksi Euro 2020.

Jaringan Raheem Sterling pada minit ke-12 cukup buat Three Lions mendahului Kumpulan D dan lolos ke pusingan 16 di Wembley, walaupun Perancis, Portugal dan Jerman dijangka bakal menjadi potensi lawan mereka di peringkat seterusnya.

Mason Mount terpaksa mengasingkan diri bermakna Southgate dapat memuaskan ramai pihak dengan menurunkan Jack Grealish.

Perancang Aston Villa itu melakukan hantaran buat jaringan Sterling serta menampilkan kemahiran hingga membuatkan ramai yang terhibur di Wembley.



Tetapi pemain muda Arsenal, Saka -- penyertaan yang mengejutkan berbanding Jadon Sancho dan Marcus Rashford -- merupakan pemain paling efektif serta paling konsisten, dengan larian yang dilakukan serta pergerakan yang rapi dalam membantu Sterling mendapatkan jaringan kemenangan.

"Bukayo, terlalu banyak boleh saya bincangkan mengenai persembahannya," kata Southgate.

"Dia memperoleh peluang. Persembahannya dalam latihan sejak dia menyertai kem ini sangat memberangsangkan.

"Dia bermain dengan baik dalam perlawanan di Riverside [kemenangan 1-0 ke atas Austria di mana Saka menjaringkan gol kemenangan]. Kami telah berbincang untuk menurunkannya dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

"Dia memperoleh peluang dan dia membuktikan kemampuannya. Dia sangat hebat."