Euro 2020: Sepanyol 'perah keringat' sebelum ke suku akhir

Ammar Hakim
Jun 28, 2021 20:52 MYT
Alvaro Morata dan Mikel Oyarzabal menjaringkan gol dalam masa tambahan bagi membantu Sepanyol menang 5-3 ke atas Croatia dalam aksi pusingan 16 Euro 2020, awal pagi tadi.
Sepanyol bangkit selepas Croatia, yang mendahului menerusi jaringan sendiri Pedri di Stadium Parken Stadium -- selepas Pablo Sarabia, Cesar Azpilicueta dan Ferran Torres menjadikan kedudukan 3-1 dengan perlawanan berbaki lima minit.
Bagaimanapun, Mislav Orsic menghidupkan peluang Croatia di Copenhagen sebelum membuat lorongan buat pemain gantian, Mario Pasalic pada minit ke-92 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Tetapi Sepanyol berjaya menemui ramuan bagi memastikan mereka melangkah ke suku akhir selepas Morata dan Oyarzabal menjaringkan dua gol untuk memastikan pasukannya melakar kemenangan dramatik dalam saingan Kejuaraan Eropah.

WHAT DRAMA! ?? Morata + Oyarzabal = Spain heroes! ?#EURO2020 pic.twitter.com/VUrZyzghbE

— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

5 - Spain are the first side in European Championship history to score 5+ goals in consecutive matches. Scenes. #EURO2020 pic.twitter.com/SAjCjQ9z0o

— OptaJoe (@OptaJoe) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Croatia #Sepanyol #Alvaro Morata #EURO 2020 #Mikel Oyarzabal