SEPANYOL 1 SWITZERLAND 1 (Sepanyol menang menerusi penentuan penalti)

Sepanyol beraksi dalam separuh akhir kejohanan utama buat pertama kali sejak 2012 di sebalik gagal mengatasi 10 pemain Switzerland selepas tamat masa tambahan, dengan La Roja menyempurnakan tugas mereka menerusi penentuan penalti apabila perlawanan berakhir 1-1.

Skuad kendalian Luis Enrique mempamerkan aksi dominan sepanjang perlawanan hinggalah diheret ke masa tambahan, walaupun sentuhan penyudah mereka gagal menghasilkan jaringan yang lebih banyak, merka membuktikan lebih klinikal ketika mengambil penalti.

Jaringan sendiri pemain Switzerland, Denis Zakaria, meletakkan Sepanyol di hadapan sebelum Xherdan Shaqiri menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua.

Sepanyol gagal menggunakan kelebihan selepas Remo Freuler diarah keluar padang, dengan Yann Sommer menyerlah apabila menafikan deretan peluang Sepanyol, tetapi gagal membantu pasukan dalam penentuan penalti hinggalah Mikel Oyarzabal menyempurnakan jaringan kemenangan.