Pasukan Itali menyedari tugas berbeza menanti mereka dalam pusingan kalah mati Euro 2020, kata Roberto Mancini.

Azzurri mengekalkan permulaan sempurna kejohanan dengan kemenangan 1-0 ke atas Wales di Rom semalam -- jaringan Matteo Pessina dalam babak pertama cukup memastikan Itali mengatasi Wales, yang menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Ethan Ampadu dibuang padang.

Itali kini tidak tewas 30 perlawanan dalam semua pertandingan (M25 S5) sejak tewas kepada Portugal pada September 2018, menyamakan rekod tanpa kalah pasukan, yang dilakukan antara 1935 dan 1939.

Skuad kendalian Mancini menang 11 perlawanan terakhir dan tidak dibolosi dalam setiap perlawanan.

Menamatkan saingan Kumpulan A di tempat pertama, Itali bakal berdepan antara Ukraine atau Austria di Wembley dalam pusingan 16 dan memiliki peluang cerah untuk mara jauh ke dalam kejohanan kali ini.

Namun, Mancini tahu rasa tidak puas hati tidak dapat diatasi.

"Kami gembira tetapi kami mengetahui saingan yang berbeza bakal dihadapi dalam peringkat kalah mati. Semua akan berbeza.

"Pemain bermain dengan bijak, mereka mahu menang setiap perlawanan, memiliki mentaliti yang sangat baik. Saya sangat gembira kerana kami membuat rombakan dalam pasukan dan bermain dengan baik.

"Kami menyedari menghadapi cabaran yang sukar, Wales adalah pasukan yang bagus, tetapi ia merupakan kemenangan berhak diraih."