SCOTLAND 0 REPUBLIK CZECH 2

Patrik Schick menyumbat dua gol termasuk satu penyudah hebat dari bahagian tengah kawasan lawan untuk Republik Czech membenam Scotland 2-0 dalam pertembungan Kumpulan D, Euro 2020, sebentar tadi.


Scotland tampil dalam kejohanan utama sulung mereka dalam tempoh 23 tahun sambil mendapat sokongan sekitar 12,000 penonton di Hampden Park.






Bagaimanapun, tandukan Schick pada lewat babak pertama dan gol luar biasa kedua dari jarak 49.7 ela -- paling jauh dalam sejarah Euro sejak rekod itu diperkenalkan pada 1980 -- tidak lama kemudian melenyapkan semangat sebahagian besar penyokong tuan rumah.

Satu percubaan daripada pasukan bimbingan Steve Clarke menerusi Jack Hendry terkena palang gol di antara jaringan Schick itu, namun Scotland tidak banyak menghadirkan ancaman untuk Republik Czech menyertai England -- menang 1-0 ke atas Croatia semalam -- dengan tiga mata di puncak.