Marek Hamsik berpandangan harapan Slovakia untuk mara ke pusingan kalah mati Euro 2020 menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan bertemu Sepanyol.

Slovakia tewas 1-0 kepada Sweden semalam di St Petersburg, menyaksikan mereka memperoleh tiga mata daripada dua perlawanan selepas mengatasi Poland 2-1 dalam aksi pembukaan.

Sepanyol, yang seri tanpa jaringan dengan Sweden dalam perlawanan pertama, bertemu Poland di Seville hari ini, sebelum aksi terakhir dengan Slovakia, di mana akan menentukan kedudukan dalam peringkat kumpulan.

"Ia masih terbuka. Kami perlu bangkit daripada kekalahan ini," katanya.

"Sepanyol adalah pasukan pilihan dan juga mampu menjuarai kejohanan. Ia sudah pasti akan menjadi satu cabaran."

Sweden menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-77 menerusi penalti yang disempurnakan Emil Forsberg.

Jaringan tersebut menghalang Slovakia daripada memperoleh kedudukan yang baik dalam Kumpulan E, dengan Sweden kini di puncak liga dengan empat mata.

"Agak mengecewakan," tambah Hamsik. "Sekiranya mereka tidak menjaringkan gol dari penalti, kami mungkin akan mendapat keputusan seri, dan itu akan menjadi kelebihan buat kami.

"Kami sedikit pasif dalam separuh masa kedua dan kami dihukum pasukan lawan."