Roy Keane mengkritik persembahan Declan Rice ketika England seri tanpa jaringan dengan Scotland dalam Euro 2020.

Keane percaya bintang West Ham United itu tidak menghadirkan aksi terbaik dalam perlawanan yang berlangsung di Wembley semalam ketika kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

Selepas merakamkan kemenangan ke atas Croatia dalam aksi pembukaan, Three Lions bergelut mencari ruang untuk melancarkan serangan dan tidak memberikan sebarang ancaman buat barisan pertahanan Scotland sepanjang 90 minit.

Ketika ITV membuat liputan Euro 2020, bekas pemain tengah Manchester United, Roy Keane, berkata Rice tidak memberikan apa-apa dalam membantu jentera serangan England.

"Mereka bermain terlalu banyak di bahagian pertahanan. Sehingga Rice juga turun ke bawah, melakukan hantaran ke bahagian tepi padang. Itu tidak cukup baik."


Bagi bekas penyerang Arsenal, Ian Wright, pula percaya Harry Kane, yang turut memberikan impak sedikit dalam perlawanan, seharusnya digantikan dengan bintang Aston Villa, Jack Grealish. Wright turut mempersoalkan mengapa ketua jurulatih, Gareth Southgate, tidak membawa masuk Jadon Sancho, yang berada dalam prestasi cemerlang buat Borussia Dortmund musim ini.

"Saya berasakan Kane tidak berada dalam prestasi terabik. Anda lihat kepada peluang yang dihasilkan, Reece James memasuki ke dalam skuad utama, salah seorang pemain yang cemerlang melakukan hantaran silang namun gagal melakukannya dalam perlawanan ini."

"Mengapa mengeluarkan Phil Foden? Ia tindakan yang amat mengecewakan. Anda mempunyai pemain seperti Jadon Sancho di bangku simpanan, 16 gol dan 20 assist namun tidak terpilih untuk beraksi malah dibawa masuk dalam separuh masa kedua."

Sumber: ITV Football