England harus mengatasi rekod buruk dalam pusingan kalah mati Kejuaraan Eropah sekiranya mereka mahu berjaya mengatasi Jerman mereka dalam pusingan 16 awal pagi esok.

The Three Lions tidak pernah memenangi perlawanan kalah mati dalam tempoh 90 minit bagi saingan Euro, dengan empat daripada enam percubaan berakhir dengan seri sementara dua lagi kekalahan.

Empat daripada berlarutan hingga ke penentuan penalti dan satu daripadanya England menang, ke atas Sepanyol dalam Euro 96.

Kemenangan itu hadir ketika beraksi di Wembley, jadi diharap perlawanan di venue sama itu akan menjadi peluang terbaik buat England menghapus badi yang dialami sekian lama.



"Ini adalah peluang yang baik untuk melakar sejarah dan memberi kenangan kepada orang ramai mengenai sejarah perlawanan antara England dan Jerman," kata Southgate.

"Perlawanan ini layak diangkat ke tahap lebih tinggi berbanding pertemuan pusingan kedua. Kami bermain menentang pasukan yang sangat bagus.

"Mereka tidak akan takut datang ke Wembley. Kami harus bermain dengan sebaik mungkin. Kami harus bersiap sedia secara taktikal, fizikal dan psikologi."