Kalvin Phillips melaung amaran buat gandingan tengah Itali dengan kerja keras diberikan menjelang aksi final Euro 2020 awal pagi esok.

Pemain tengah Leeds United itu telah memainkan peranan penting bersama England dalam Kejuaraan Eropah yang ditangguhkan pada musim panas ini.

Jentera tengah skuad kendalian Gareth Southgate itu menyaksikan Phillips digandingkan bersama pemain West Ham, Declan Rice, telah membantu England mara ke final kejohanan utama buat pertama kali dalam 55 tahun.

The Yorkshire Pirlo -- gelarannya -- memahat legasi di Elland Road dengan membantu kelabnya itu kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim panas lalu.

12 bulan ke hadapan, dia telah turun dalam setiap perlawanan England dalam Euro 2020 dan dengan satu sahaja lagi peralwanan sebelum menjulang gelaran di peringkat antarabangsa.

Ramai telah mencuba tetapi Phillips dan rakan senegaranya kini perlu menghapus sejarah buruk dengan menjulang trofi.



Peningkatan Phillips terhasil sebahagian besarnya daripada impak ketua jurulatih United, Marcelo Bielsa, daripada pemain skuad Kejuaraan dan kini menjadi salah seorang pemain tengah bertahan terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Saya telah bekerja keras untuk berada di posisi ini," kata Phillips menjelang final Euro di Wembley.

"Peluang ini tidak dikurniakan kepada saya, ia telah diusahakan. Itulah yang saya buat di peringkat kelab. Saya bersama barisan pemain yang sukar dipercayai sejak lima minggu yang lalu.

"Anda mahu melakukan sesuatu dan melindungi barisan pertahanan serta menenangkan rentak permainan bagi membenarkan pemain lain dapat beraksi dengan lebih baik. Saya cuba melakukannya sebanyak mungkin dan saya berasakan saya akan berlari sepanjang perlawanan itu nanti.

"Saya hanya menantikan lawan yang perlu saya atasi di padang nanti. Saya telah beraksi berdepan Jorginho, dia seorang pemain yang berkualiti. Sama juga dengan Verratti. Saya mengagumi dirinya.

"Kami mengetahui bakal berdepan lawan yang sukar, ia adalah ujian buat kami untuk ke tahap yang lebih baik."