Pengurus England, Gareth Southgate, menegaskan pasukannya mampu menampilkan permainan yang lebih baik dalam saingan Euro 2020.

Raheem Sterling meledak gol bagi membantu England menjuarai Kumpulan. Kemenangan 1-0 ke atas Republik Czech menyaksikan mereka perlu menunggu lawan yang menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan F. Bergantung kepada keputusan pertemuan antara Perancis-Portugal dan Jerman- Hungary, mana-mana empat pasukan ini bakal menjadi lawan seterusnya di Wembley minggu depan.



Bagaimanapun, Sterling, yang menjaringkan dua gol dalam kejohanan ini berkata, "Kami sudah bersedia.

"Sampai satu masa, anda perlu berdepan pasukan terbaik. Ia mengenai mencabar kemampuan diri sendiri. Perkara paling penting adalah memenangi peringkat kumpulan.

"Ini adalah pertandingan bola sepak, berbeza dibandingkan dengan saingan di peringkat kelab. Kami perlu bermain dengan lebih baik, berkembang dan sekarang sudah tiba untuk cabaran yang lebih besar."

Bukayo Saka diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan dan Sterling berasakan pemain sayap Arsenal itu mampu membantu England cemerlang dalam peringkat kalah mati.

"Saya fikir Bukayo Saka beraksi cemerlang," katanya. "Dia masuk ke dalam kotak penalti, menggerakkan jentera pasukan dengan baik.

"Dia sangat kuat, lucu dan mudah bergaul dengan semua orang di bilik persalinan -- saya bersemangat untuknya."

Perlawanan itu menyaksikan Jordan Henderson dan Harry Maguire beraksi untuk pertama kalinya dan Gareth Southgate mengakui bahawa dia memerlukan skuad penuhnya jika England mahu melangkah lebih jauh.

"Kami akan menghadapi perlawanan yang berbeza," katanya. "Juara dunia, juara Eropah atau Jerman yang kembali menemui rentak.

"Siapa pun yang kami bermain akan menjadi lawan yang sukar tetapi kami telah mengetahui perjalanan ini sejak 18 bulan yang lalu. Tetapi yang baik adalah kami masih bertambah baik -- masih banyak yang akan dipamerkan daripada pasukan England.

"Wembley akan menjadi venue keramat kami, kami mungkin mempunyai lebih banyak penyokong dan itu benar-benar dapat membantu kami."

Sumber: Express.co.uk