Paul Pogba telah memperingatkan Perancis bahawa mereka harus kekal merendah hati untuk menghindari kekecewaan Euro 2020, menegaskan mereka hanya akan dilihat sebagai "pasukan PlayStation" jika mereka tidak berjaya.

Les Bleus mara ke Euros dengan menyasarkan kejuaraan, selepas menang Piala Dunia 2018 dan menyaksikan pasukan dibarisi deretan pemain berbakat.

France merupakan antara dua negara Eropah -- bersama Belgium -- untuk mara ke suku akhir dalam tiga kejohanan utama, sementara skuad mereka mengumpulkan minit kedua terbanyak (522,421) dalam lima Liga Eropah terbaik musim ini di antara mereka yang layak ke Euro -- mereka sudah pasti tidak kekurangan pengalaman.

Sebanyak 14 daripada skuad 26 pemain mereka berada di Russia tiga tahun lalu, sementara mereka kini dapat membawa Karim Benzema masuk ke dalam skuad -- bintang Real Madrid itu kembali menyarung jersi kebangsaan setelah hampir enam tahun diketepikan.

Benzema kembali menemui sentuhan terbaik musim ini (30 gol dalam semua pertandingan) sejak meledak 32 bagi musim 2011-12 dan memperkuatkan posisi yang paling lemah dalam skuad Perancis, dengan Olivier Giroud sering kali dipilih dala kesebelasan utama di Russia.


"Kami mempunyai pasukan PlayStation tetapi akan tetap menjadi pasukan PlayStation jika kami tidak memenangi trofi," kata pemain tengah Manchester United itu kepada Eurosport.

"Kami harus menepati harapan dan akan ada yang lebih diharapkan dengan kepulangan Benzema. Senang melihat skuad Perancis kali ini. Selalu menjadi penghormatan tetapi anda harus selalu beraksi cemerlang di atas padang.

"Sebagai juara dunia dan mempunyai pasukan seperti itu, kami diharapkan dapat melakukan lebih banyak lagi.


"Kami harus kekal merendah hati. Saya ingin memberikan mesej ini: Ini bukan kesimpulan yang terdahulu. Kami mendengar banyak perbincangan tetapi kami terus berdiri di bumi nyata."