Alvaro Morata mengatakan bahawa dia mengetahui mengapa dia menjadi sasaran cemuhan semasa Euro 2020 tetapi tidak bersedia untuk membincangkan alasannya sehingga selepas perjalanan Sepanyol dalam saingan kali ini.

Penyerang Juventus itu menjaringkan dua gol sepanjang kejohanan, termasuk percubaan cemerlang dalam membantu skuad kendalian Luis Enrique kembali di hadapan dalam masa tambahan ketika menang 5-3 ke atas Croatia dalam pusingan 16.



Dalam masa sama, Morata terlepas deretan peluang. Enam pelulang terbaik dilepaskan merupakan bilangan paling banyak daripada mana-mana pemain.

Morata juga melakukan 15 percubaan (terbanyak bersama dengan Cristiano Ronaldo), lapan daripada menemui sasaran -- terbanyak bersama Patrik Schick, yang tela meledak empat gol dalam kejohanan ini.

Kegagalan Morata menyempurnakan jaringan dikritik hebat sementara bekas penyerang Chelsea itu mendedahkan keluarganya menjadi sasaran -- tindakan yang dilabel ketua jurulatih, Luis Enrique, sebagai satu 'jenayah; dan menggesa polis mengambil tindakan.

Dia berpeluang menutup mulut pengkritik apabila Sepanyol berdepan Switzerland dalam suku akhir awal pagi eosk dan Morata tidak mempunyai masalah menangani pengkritiknya ketika tepat pada waktunya.

"Saya tahu alasan [mengapa mereka terus mencemuh saya]," katanya kepada Deportes Cuatro. "Saya tahu dengan ia tidak sukar untuk difahami.

"Apabila Kejuaraan Eropah selesai, jika semuanya berjalan lancar, saya akan bercakap. Saya tidak mempunyai masalah. Saya sedar mengapa mereka melakukannya."