Luis Enrique mengesahkan penyerang Sepanyol, Alvaro Morata, akan turun beraksi bertemu Poland dalam aksi Kumplan E Euro 2020 malam ini dan menegaskan pemain tersebut dalam keadaan yang positif.

Morata, yang dipinjamkan ke Juventus dari Atletico Madrid telah melanjutkan kontrak untuk setahun lagi, telah kuat dikritik sejak beberapa hari lalu ekoran keputusan seri tanpa jaringan bertemu Sweden, Isnin lalu.

Pemain berusia 28 tahun itu melepaskan peluang terbaik Sepanyol apabila percubaannya tersasar sebelum digantikan pada minit ke-66.

Morata, yang telah meledak tiga gol terakhir buat Sepanyol dalam Kejuaraa Eropah dan merupakan peledak gol terbanyak sejak kejohanan pada 2016, dengan 16 dalam 32 penampilan.

Luis Enrique tidak bimbang dengan prestasi semasa pemain itu ketika Sepanyol dalam usaha mengelak daripada gagal melakar kemenangan dalam dua perlawanan buat pertama kali sejak 1996.

"Saya telah mengatakan bahawa dia dan 10 lagi pemain akan bermain [menentang Poland] sebagai dorongan baginya untuk mendapatkan keyakinan, bukan kerana dia tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan," kata ketua jurulatih Sepanyol itu dalam sidang media.

"Morata banyak melakukan perkara penting ketika menyerang dan bertahan dan saya tidak akan mengetepikan apa yang telah diusahakan untuk pasukan.

"Hanya seorang pemmain yang melakukan lebih banyak jaringan berbanding Morata dengan 41 kaps, hanya David Villa. Sebagai contoh, penyerang legenda La Roja seperti Raul atau [Fernando] Torres menjaringkan kuarang berbanding Morata dengan 41 perlawanan."