Semua sudah menjangkakan aksi magis dan pertunjukan Eden Hazard: Bintang global Belgium yang kembali ke Lille, bandar Perancis timur laut di mana dia menempah namanya.

Bagaimanapun, suku akhir Euro 2016 antara Wales dan Belgium dikuasai bukan oleh pemain nombor 10 yang berjersi warna biru, tetapi berwarna merah.

Aaron Ramsey menghasilkan prestasi terbaik dalam kariernya pada malam yang tidak dapat dilupakan ketika Wales mencapai keputusan terbaik dalam sejarah mereka, berjuang daripada ketinggalan sebelum menang 3-1 dan mara ke separuh akhir kejohanan utama untuk pertama kalinya.

"Perlawanan bertemu Belgium itu merupakan detik bersejarah bagi kami, bagi Wales," kata Ramsey. "Jelas sekali, itu akan mengabadikan kenangan dalam jangka masa yang lama. Kami mula agak goyah tetapi kami kekal tenang dan melakukan beberapa perkara yang sukar dipercayai. Itu sudah pasti menjadi malam yang hebat buat kami."

Itu tentunya persembahan individu terbaik yang pernah dipamerkan Ramsey. Dia mencipta lima peluang mencetak gol dalam separuh masa pertama, lebih banyak daripada pemain lain, dan mengakhiri permainan dengan dua assist -- kali pertama pemain Britain melakukannya dalam Euro sejak David Beckham untuk England menentang Portugal 16 tahun sebelumnya.

Dia juga dilayangkan kad kuning -- menyaksikan dia terlepas aksi separuh akhir sekaligus sekadar menyaksikan pasukannya tewas 2-0 kepada Portugal.

Kami tidak melihat Ramsey bermain di kejohanan antarabangsa sejak itu dan persembahnnya itu gagal diulangi sejak lima tahun yang lalu. Jadi, apa yang boleh kita harapkan daripada Ramsey pada Euro 2020?



"Semua pasukan antarabangsa mahukan pemain seperti Aaron'

Perlawanan bertemu Belgium merupakan kemuncak kejohanan paling cemerlang untuk Ramsey, di mana dia terlibat secara langsung dalam separuh daripada 10 gol Wales berula daripada peringkat kumpulan hingga ke separuh akhir.

Dua assit dalam suku akhir, bermula dengan hantaran menerusi sepakan sudut buat gol penyamaan Ashley Williams dan umpanan bijak sebelum disempurnakan Hal Robson-Kanu menyaksikan dia mencetak empat dalam kejohanan tersebut, menyamai rekod dalam saingan Euro bersama Hazard pada tahun 2016 dan Ljubinko Drulovic pada tahun 2000.

Selepas menghasilkan 23 peluang dalam saingan kelayakan, lebih daripada mana-mana pemain Wales, Ramsey meneruskannya dalam peringkat akhir di bawah kendalian Chris Coleman. Dia telah menghasilkan 15 peluang dalam Euro 2016, rekod yang diatasi lima pemain, dan secara purata tiga dalam setiap 90 minit.

Ramsey juga merupakan enam terbaik untuk hantaran ke arah kotak penalti (40) dan sentuhan dalam kawasan kotak pasukan lawan (16), dengan enam daripada 10 percubaannya tepat ke sasaran, kadar tertinggi daripada mana-mana pemain yang mencapai dua angka. Dia turut menghasilkan bilangan terjahan yang sama dengan N'Golo Kante (12).


Joe Ledley, rakan sepasukan Ramsey dari usia remaja mereka di Cardiff City hingga malam yang terkenal di Lille, mengetahui dengan tepat apa yang dibawa oleh pemain Juventus itu.

"Dia pemain istimewa yang akan melaju dari tengah," kata Ledley kepada Stats Perform. "Dia adalah mimpi buruk pemain tengah lawan kerana dia akan mengejar, dia akan mengekori mereka dan kemudian dia cuba memintas hantaran lawan.

"Bertemu Belgium, dia sangat hebat, bersaing pemain yang berkualiti dan itu membuktikan betapa baiknya dia. Itulah sebabnya dia layak berada di pasukan seperti Juventus dan semoga, dia akan terus bermain lagi.

"Bagi saya, dia mungkin salah seorang pemain terbaik kami di Euro. Sebagai orang luar yang melihat, tanpa Aaron, mereka tidak begitu baik. Setiap pasukan antarabangsa akan menyukai pemain seperti Aaron, dan kami diberkati untuk memilikinya Pemain akan senang bekerjasama dengannya kerana dia pemain yang baik dan menghubungkan permainan dari bahagian tengah dan membantu dengan melakukan kerja kotor juga.

"Mudah-mudahan, dia dapat kekal cergas dan kita dapat melihatnya lagi di Euro dan melihat sejauh mana keadaannya."