Pertahanan England, Harry Maguire, membincangkan The Three Lions dalam perjalanan menebus kekecewaan Piala Dunia Russia, kesatuan dalam pasukan serta menghadirkan senyuman di raut wajah seluruh England dengan persembahan dalam aksi final Euro 2020.

Maguire memperkenalkan kemampuannya dalam pentas antarabangsa ketika Piala Dunia Russia tiga tahu lalu selepas England mara ke separuh akhir buat pertama kali sejak Italia 90, sebelum disingkirkan oleh Croatia.

Kapten Manchester United itu mengetahui langkah terlalu besar buat skuad kendalian Gareth Southgate ketika itu, tetapi berkata mereka telah jauh ke hadapan dan percaya untuk berjaya kali ini.

"Bagi saya, segalanya dalam perjalanan bagi England, kami memenangi perlawanan dan bakal menghadapi satu lagi perlawanan untuk dimenangi, dan perlu menang.

"Semestinya ini merupakan satu pengalaman yang sangat menakjubkan, perjalanan yang telah diharungi sejak tiga atau empat tahun yang lalu.

"Saya berasakan kami sangat kecewa ketika separuh akhir di Russia, kami menyedari masih belum bersedia bagi mendapatkan tempat ke final. Kami lebih fokus ketika bertemu Denmark, dan setiap pemain telah menampilkan aksi cemerlang, mendominasi permainan dari awal hingga akhir."