Harry Maguire sedang berperang dengan masa untuk segera cergas menjelang perlawanan permbukaan England menentang Croatia dalam Euro 2020 pada 13 Jun ini, kata Gareth Southgate.

Kapten Manchester United itu mengalami kecederaan buku lali bulan lalu yang menyaksikan dia terlepas beberapa perlawanan pada penghujung musim, termasuk ketika The Red Devils tewas kepada Villarreal dalam final Liga Europa (UEL).

Southgate, bagaimanapun, masih menyenaraikan pertahanan tengah itu sebagai 26 pemain terbaiknya menjelang Euro, seperti yang disahkannya semalam.

Namun, pengurus England itu mengakui bahawa dia juga tidak pasti sama ada pemain berusia 28 tahun berkenaan sempat untuk pulih sepenuhnya atau tidak menjelang perlawanan pembukaan menentang Croatia.

"Kami masih belum pasti. Ia agak sukar bagi perlawanan pertama (menentang Croatia), itu sudah pasti," katanya ketika ditekan mengenai keadaan terkini Maguire.

"Saya fikir dia seorang pemain yang bagus dan kami mempunyai skuad yang lebih besar, faktanya adalah dengan sikap kepimpinannya yang semakin menyerlah dari semasa ke semasa, kami mahu mengambil peluang ini untuk membawanya dalam skuad ini."