England merupakan pasukan yang lebih baik berbanding yang tewas kepada Croatia dalam Piala Dunia 2018 dan lebih yakin untuk mengatasi Denmark dalam aksi separuh akhir Euro 2020, menurut Harry Maguire.

The Three Lions mudah menang 4-0 ke atas Ukraine dalam aksi suku akhir Euro 2020 di Rome -- kemenangan terbesar mereka di peringkat kalah mati kejohanan utama -- bagi menempah slot bertemu Denmark awal pagi Khamis ini.

England tewas dalam penampilan separuh akhir Kejuaraan Eropah menerusi penentuan penalti kepada Jerman pada 1996, manakala tewas kepada Croatia dalam Piala Dunia tiga tahun lalu sebelum menamatkan saingan di tempat keempat.



Tidak sejak mereka bergelar jaura dunia di laman sendiri pada 1966 England tidak pernah mara ke final dalam mana-mana kejohanan utama, tetapi Maguire menegaskan menggunakan keperitan sebelum ini untuk terus meningkat naik.

"Motivasi dalam pasukan ada," katanya. "Ia adalah separuh akhir Kejuaraan Eropah. Tewas ketika Piala Dunia ternyata amat melukakan kami.

"Kami perlu memastikan England dengan mentaliti yang terbaik -- lebih baik berbanding ketika bertemu Croatia.

"Saya berasakan kami lebih berbanding sebelum ini. Pengalaman terdahulu mengajar kami, antaranya dalam saingan Liga Negara-Negara.

"Kami telah berdepan perlawanan utama dan memperbaiki persembahan dalam latihan, aksi persahabatan dan kelayakan. Setiap perlawanan kami dapat berasakan semakin baik."