Luuk de Jong tidak akan tampil dalam lagi Euro 2020 selepas pemain Belanda itu terpaksa direhatkan akibat kecederaan lutut.

Penyerang Sevilla tersebut tercedera dalam sesi latihan awal minggu ini selepas diterjah Cody Gakpo, sehubungan itu ketua jurulatih skuad Oranje, Frank de Boer, terpaksa melupakan khidmatnya.

Satu kenyataan daripada FA Belanda berbunyi: "Luuk de Jong terpaksa meninggalkan kem latihan pasukan kebangsaan Belanda.

"Penyerang Sevilla terbabit tercedera di bahagian dalam lutut ketika berlatih semalam. Lantas, pemain antarabangsa yang telah membuat 38 kemunculan itu tidak lagi dapat beraksi dalam Kejohanan Eropah ini."




De Jong setakat ini hanya memainkan peranan kecil untuk Belanda iaitu dalam 10 minit terakhir sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan pembukaan menentang Ukraine dan Austria.

Namun, dia telah membuktikan senjata berharga dari bangku simpanan sejak membuat penampilan sulung pada 2011.

Dia setanding Memphis Depay yang mencatat lebih daripada lima gol bersama pasukan kebangsaan sebagai pemain gantian.

Ia merupakan satu lagi berita buruk selepas De Boer kehilangan pemain tengah, Manchester United, Donny van de Beek, gara-gara masalah pangkal paha.