Gary Lineker menyeru pemain-pemain England supaya lebih berani selepas berakhirnya final Euro 2020 dengan kekecewaan apabila mereka tewas menerusi penentuan penalti.

Skuad kendalian Gareth Southgate mara ke final kejohanan utama buat pertama kali dalam 55 tahun, namun gagal mengatasi skuad Itali kendalian Roberto Mancini yang muncul sebagai pemenang.

Luke Shaw membuka jaringan menerusi gol terpantas dalam mana-mana final Kejuaraan Eropah, mencetus kemeriahan di Stadium Wembley dan di seluruh negara.

Bagaimanapun, suasana berubaha apabila Leonardo Bonucci menyamakan kedudukan, terhasil menerusi asakan demi asakan serangan Azzurri.

Mengawal rentak permainan, Itali membuatkan bintang England ketinggalan bagai mengejar bayang-bayang, membuat mereka kepenatan hingga tamat permainan 120 minit.

Di sebalik kualiti dimiliki di bangku simpanan, England gagal memberi ancaman kepada Gianluigi Donnarumma selepas jaringan pada minit kedua itu.

Skuad kendalian Mancini kelihatan lebih selesa sepanjang permainan sebelum terhasilnya jaringan di pertengahan separuh masa kedua.

Bekas pemain kebangsaan England, Lineker, memberikan pandangan terhadap taktikal The Three Lions menerusi twitter.

Dia berkata, "Saya berasa penyerang England harus mencari cara untuk lebih banyak melakukan serangan. Lebih berani mengawal permainan serta menghantar lebih ramai pemain ketika menyerang.

"Kami memiliki pemain yang mampu menggerunkan pasukan lawan, cuma ketika ini kita kelihatan takut untuk menurunkan bakat itu."