Euro 2020: Jerman kembali pertaruh Muller, Hummels

Shaiful Shamsudin
Mei 19, 2021 23:12 MYT
Thomas Muller dan Mats Hummels kembali menerima panggilan untuk membarisi skuad Jerman menghadapi Kejohanan Euro 2020.
Penyerang Bayern Munich dan pertahanan Borussia Dortmund itu tidak tampil untuk pasukan kebangsaan mereka sejak November 2018.
Mereka antara pemain berpengalaman yang tiada dalam perancangan pengurus, Joachim Low, seperti yang dilaporkan Mac 2019 tatkala pengurus itu merancang skuad lebih segar selepas mereka terkandas di peringkat kumpulan Piala Dunia 2018.

Our 26-man squad for @EURO2020 ??#DieMannschaft #EURO2020 pic.twitter.com/BmvAvUtTX0

— Germany (@DFB_Team_EN) May 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, kedua-dua pemain terbabit dipercayai mampu membantu Jerman menikmati kejayaan dalam kejohanan benua itu yang dijadualkan semula.
Ia akan menjadi kejohanan terakhir yang akan dikemudi Low.
Die Mannschaft bakal menghadapi ujian sukar dalam kumpulan setelah diundi di samping juara dunia, Perancis, dan juara bertahan Eropah, Portugal, selain dan Hungary.
Mereka akan memulakan kempen Kumpulan F itu menentang Perancis di Allianz Arena pada 16 Jun.
#Jerman #EURO 2020