Denmark sentiasa memikirkan tentang Christian Eriksen pengembaraan mereka dalam Euro 2020 diteruskan, demikian kata pengendali pasukan, Kasper Hjulmand.

The Danes mengatasi Republik Czech 2-1 awal pagi tadi untuk mara ke separuh akhir Kejuaraan Eropah buat kali keempat -- dan yang pertama sejak mereka menang kejohanan tersebut pada 1992.



Skuad kendalian Hjulmand, yang meraih 11 gol sepanjang kejohanan, bakal beremu England di Wembley awal pagi Rabu ini selepas Thomas Delaney dan Kasper Dolberg memastikan kemenangan di Baku.

Denmark -- pasukan pertama yang layak dari peringkat kumpulan di sebalik tewas dua perlawanan pertama -- telah menjadi kisah kejohanan berikutan serangan jantung dialami Eriksen ketika beraksi di Copenhagen dalam aksi pembukaan bertemu Finland.



Eriksen kemudiannya telah pulih dan selalu berhubung dengan rakan sepasukannya, yang telah mengubah mereka ke tahap yang lebih baik perlawanan demi perlawanan, mengumpulkan gelombang sokongan bukan hanya di rumah, tetapi dari seluruh benua.

"Saya rasa seluruh dunia bola sepak memahaminya buat seketika, dan beberapa hari selepas itu, perkara-perkara asas dalam kehidupan dan bola sepak, nilai-nilai asas bola sepak muncul tepat pada masanya," kata Hjulmand kepada sidang akhbar.

"Terdapat begitu banyak agenda lain dalam bola sepak, tetapi kita semua ingat mengapa kita mula bermain bola sepak, apa nilai bola sepak dilandaskan dan kita sentiasa memegang terhadap perkara ini.

"Saya masih memikirkan tentang Christian setiap hari. Dia seharusnya berada di sini bersama pasukan.

"Kami gembira kerana dia selamat, kami membawanya hingga ke perlawanan ini dan sampai ke Wembley. Saya selalu memikirkan tentangnya."