Euro 2020: Gol lewat permainan Goretzka pacu kemaraan Jerman

Muzaffar Musa
Jun 24, 2021 00:30 MYT
JERMAN 2 HUNGARY 2
Jerman melangkah ke pusingan kalah mati Euro 2020 dan akan mencongak perhitungan dengan England selepas Leon Goretzka menjaringkan gol pada lewat permainan untuk mengikat Hungary 2-2 di Arena Allianz, Munich awal pagi tadi.
Pemain Mainz, Adam Szalai, yang menghabiskan hampir keseluruhan kariernya dalam Bundesliga, meletakkan Hungary di depan seawal minit ke-11 bagi membawa Jerman ke ambang penyingkirkan.
Jerman kemudian mendapat sedikit kelegaan apabila Kai Havertz menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-66 tetapi keadaan itu tidak bertahan lama buat skuad Joachim Low berkenaan apabila Andras Schafer hanya memerlukan 91 saat untuk kembali meletakkan Hungary di depan.
Goretzka akhirnya menyelamatkan maruah Jerman daripada tersingkir di peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 2004 menerusi gol pentingnya pada minit ke-84, sekali gus menyaksikan Hungary gagal meneruskan kemaraan selepas menduduki tangga terbawah Kumpulan E.
Selaku naib juara, Jerman akan bertemu England di Stadium Wembley bagi penentuan ke suku akhir awal pagi Rabu depan.

And breathe... ? Good enough, just. We're into the last 16! ??#GER 2-2 #HUN#DieMannschaft #EURO2020 #GERHUN pic.twitter.com/9pWcxXCUJd

— Germany (@DFB_Team_EN) June 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Hungary #Leon Goretzka #Jerman #EURO 2020