Euro 2020: Gol berganda Locatelli pastikan kemaraan Itali

Muzaffar Musa
Jun 16, 2021 23:50 MYT
ITALI 3 SWITZERLAND 0
Itali menjadi pasukan pertama mengesahkan tempat dalam pusingan kalah mati Euro 2020 selepas jaringan berganda Manuel Locatelli membantu skuad Azzurri itu menewaskan Switzerland 3-0 awal pagi tadi.
Locatelli membuka jaringan pada minit ke-29 di Stadio Olimpico, di mana Switzerland gagal melakukan sebarang percubaan tepat sepanjang 45 minit pertama.
Pemain tengah Sassuolo itu sekali lagi menemui sasaran pada minit ke-52 sebelum Ciro Immobile menambah gol ketiga Itali pada lewat permainan bagi membuktikan betapa skuad kendalian Roberto Mancini itu perlu diberikan perhatian dalam edisi kali ini selepas turut menewaskan Turki 3-0 dalam perlawanan permbukaan.
Switzerland wajib menewaskan Turki dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A manakala Itali pula boleh merehatkan pemain utama mereka ketika menentang Wales, Isnin ini.

2 - Manuel Locatelli is the third player able to score a brace for Italy in an European Championship match: 1⃣ Pierluigi Casiraghi v Russia (EURO 1996) 2⃣ Mario Balotelli v Germany (EURO 2012) 3⃣ Manuel Locatelli v Switzerland (#EURO2020) Emotion.#ItalySwitzerland #ITA pic.twitter.com/ydJHFdHhbo

— OptaPaolo (@OptaPaolo) June 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Switzerland #Itali #EURO 2020 #Manuel Locatelli